LOS ANGELES - Bintang Disney, Miley Cyrus (gambar)bakal menggantikan penyanyi terkenal, Britney Spears sebagai selebriti buruan paparazzi, lapor sebuah akhbar semalam.
Paparazzi kini dilaporkan berlumba-lumba untuk mendapatkan gambar ciuman pertama Cyrus, 15, yang popular dengan siri televisyen Hannah Montana.
Agensi-agensi fotografi juga meletakkan harga yang tinggi untuk gambar Cyrus bercium dengan seorang lelaki atau lebih menarik lagi seorang wanita.
Akhbar LA Times sanggup membayar sebanyak AS$30,000 (RM97,200) hingga AS$150,000 (RM485,994) untuk mendapatkan gambar yang tidak pernah dirakamkan itu.
Cyrus mula mendapat tumpuan media selepas beberapa gambar bogelnya disiarkan dalam sebuah majalah dan di internet. - Agensi
2 comments:
hahaha....ade-ade je c cyrus nih!
biase la tu..
tp i minat kat die tau..
=p
Post a Comment